player of the year

Khamis, 4 Disember 2008

Wenger ragui kemampuan barisan muda


BURNLEY, England - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger (gambar) mula meragui masa depan barisan mudanya ekoran kekalahan 0-2 kepada Burnley pada saingan suku akhir Piala Liga di Turf Moor semalam.

Tidak seperti sebelum ini, Wenger mengkritik persembahan barisan penyerangnya yang dianggap bermain di bawah tahap sebenar.

Jentera serangan Arsenal yang diketuai penyerang antarabangsa Denmark, Nicklas Bendtner ternyata beraksi hambar dan mempersia-siakan banyak peluang untuk menjaringkan gol.

Sebaliknya, dua gol daripada pemain tengah Scotland, Kevin McDonald sudah cukup untuk mengesahkan tempat Burnley ke separuh akhir.

"Kami memperoleh enam peluang satu lawan satu tetapi masih gagal menyumbat gol. Akhirnya kami tewas 0-2, jadi jumlah itu agak baik kerana kami tidak kalah besar," kata Wenger.

"Pemain saya gagal memberi fokus yang betul di hadapan pintu gol lawan dan itu menjadikannya berbeza. Kami tewas pada perlawanan yang tidak sepatutnya kami tidak tewas.

"Kami memperoleh banyak peluang tetapi apabila kamu tidak menjaringkan gol, kamu perlu bertanya mengapa itu terjadi.

"Kamu boleh memuji penjaga gol mereka tetapi dalam masa yang sama, mempersoalkan kemampuan penyerang kami."

Bagaimanapun Wenger tidak meletakkan kesalahan 100 peratus di bahu penyerangnya, sebaliknya dia tetap memuji kesungguhan yang dipamerkan mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN LA APA PATUT