player of the year

Selasa, 16 Disember 2008

Ferguson mahu sejarah baru

BARISAN pemain United melakukan latihan ringan sejurus tiba di Tokyo semalam.



TOKYO - Alex Ferguson mahu Manchester United muncul kelab British pertama menjulang Piala Kelab Dunia, satu-satunya gelaran yang mereka belum miliki.

United tiba di Tokyo semalam selepas melalui penerbangan yang lama dari London.

Kehadiran mereka ke Tokyo adalah untuk mempastikan misi mereka tercapai dan penerbangan yang memakan masa itu tidak akan menjejaskan impian itu.

Pertama kali United layak ke kejo- hanan ini ialah pada tahun 2000 selepas mereka menjurai Liga Juara- Juara pada musim 1999.

Sebelum itu, kejohanan Kelab Dunia ini dikenali sebagai Piala Antara Benua.

Ketika itu, mereka terpaksa menarik diri daripada Piala FA kerana mahu memberi tumpuan kepada kejohanan yang melibatkan kelab terbaik di enam benua ini.

Begitupun, pada saingan musim 2000 itu mereka tersingkir pada peringkat kumpulan selepas tewas 1-3 kepada wakil Brazil, Vasco De Gama.

"Kelab Dunia adalah kejohanan yang paling sukar, namun saya berharap kami mampu mempamerkan prestasi cemerlang," katanya.

"Saya juga bangga kerana dapat menghimpunkan semua pemain terbaik untuk menghadapi kejohanan ini. Ini adalah peluang terbaik bagi kami untuk muncul kelab British pertama menjulang gelaran kejohanan kelab dunia ini."

"Ini satu cabaran besar buat kami. Sebelum ini ketika kejohanan ini dikenali sebagai Piala Antara Benua, kami telah muncul kelab British pertama menjuarainya iaitu pada tahun 1999.

"Kecemerlangan itu sudah tercatat sebagai sejarah. Impian kami sekarang ialah untuk mencatat kejayaan serupa pada Piala Kelab Dunia."

Pada musim 1999 itu, United mene- waskan wakil Brazil, Palmeiras pada perlawanan akhir di Tokyo.

"Kalau kami berjaya melakukan pada kejohanan kali ini, ia mungkin memberi makna yang cukup besar kepada kami. Kami akan buktikan," katanya. - AFP

0 ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN LA APA PATUT