player of the year

Khamis, 11 Disember 2008

Ramos 'pening' kejutan Real Madrid


RAMOS (belakang tengah) ketika sesi latihan pertamanya bersama pemain Real Madrid menjelang saingan Liga Juara-Juara menentang Zenit di Madrid, kelmarin.


MADRID: Jurulatih baru Real Madrid, Juande Ramos mengakui dia sendiri ragu-ragu dengan pelantikan pantasnya untuk menggantikan Bernd Schuster yang dipecat kelmarin.

“Mereka langsung tidak memberi saya masa untuk melihat diri di cermin,” kata Ramos.

“Saya diberikan tracksuit dan saya juga tidak pasti sama ada ia padan. Ia adalah keadaan biasa apabila perlu melakukan banyak perkara dalam masa yang sedikit.”



Schuster dipecat kelmarin, dua hari selepas membuat kenyataan ‘mustahil untuk juara bertahan dua kali kejuaraan Sepanyol itu memenangi perlawanan ‘clasico’ di Barcelona, Sabtu ini. Barcelona kini mendahului pencabar utama mereka dari Madrid itu dengan sembilan mata.

“Ini pastinya sukar,” kata Ramos mengenai tugas berat itu selepas bersetuju mengendalikan pasukan berkenaan sehingga akhir musim ini. “Kami tidak mempunyai masa rehat sedangkan semakin ramai pemain yang kepenatan. Jadi, pendekatan psikologi amat penting.”

Ramos kembali kepada saingan La Liga, di mana dia memenangi kejuaraan Piala UEFA dua kali berturut-turut dan satu gelaran Copa del Rey bersama Sevilla. Tottenham memecatnya pada Oktober lalu, setahun selepas menyertai kelab di White Hart Lane, selepas Spurs membuat permulaan musim paling buruk dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

0 ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN LA APA PATUT