- AFP
MADRID, Sepanyol - Samuel Eto'o dan Lionel Messi masing-masing menjaringkan gol untuk membenam Real Madrid 2-0, kelmarin sekali gus mencalar harapan jurulatih, Juande Ramos.
Eto'o yang gagal menyempurnakan sepakan penalti sebelum itu, bangkit dengan gol pertama pada minit ke-83 sebelum Messi menyungkit bola memperdayakan penjaga gol lawan, Ikes Casillas.
Perlawanan 'el clasico' itu kelmarin menarik minat 96,000 penonton yang memenuhi Camp Nou.
Kemenangan Barcelona itu juga mengukuhkan kedudukannya di puncak liga dengan 12 mata meninggalkan Real Madrid yang tewas empat daripada lima perlawanan setakat ini.
''Saya berpuas hati dengan persembahan Real. Barcelona menguasai permainan tetapi kami lebih banyak menghasilkan peluang,'' kata Ramos.
Sementara itu, Valencia mara ke tangga kedua selepas Raul Albiol dan Vicente Rodriguez menjaringkan gol pada babak kedua untuk pasukannya menang 2-1 ke atas Espanyol yang beraksi dengan 10 pemain.
Kedudukan tangga Liga Sepanyol menyaksikan Barcelona selesa dengan 38 mata diikuti Valencia (3) satu mata mengatasi Villarreal. Sevilla menduduki tangga keempat diikuti Real.
Perlawana kelmarin turut menyaksikan Ramos menurunkan skuad tanpa Ruud van Nistelrooy, Pepe dan Gabriel Heinze manakala penyerang, Arjen Robben dan Marcelo masih digantung.
Bagaimanapun, Ramos berjaya menyekatkan banyak peluang Barcelona pada babak pertama.
0 ulasan:
Catat Ulasan
KOMEN LA APA PATUT