player of the year

Sabtu, 13 Disember 2008

Pertarungan Milan, Juventus jadi tumpuan

RONALDINHO bakal galas tugas penting robek gawang Juventus.


ROME: AC Milan dan Juventus cuba untuk tidak memperbesarkan pertemuan mesti menang antara mereka di Stadio Olimpico, Turin hujung minggu ini.

Kedua-dua pasukan berada enam mata di belakang juara dan pendahulu Serie A, Inter Milan yang berdepan tugas lebih mudah berdepan pasukan tangga bawah, Chievo di tempat sendiri.

Jika pasukan barisan bintang bimbingan Jose Mourinho memenangi perlawanan itu, keputusan seri atau tewas buat Milan atau Juve akan meninggalkan mereka sembilan mata di belakang dan menyukarkan sebarang harapan memenangi liga.



Tetapi kedua-dua Juve dan Milan sudah berusaha menenangkan harapan menjelang pertemuan Ahad ini.

"Ia cabaran hebat tetapi ia bukan perlawanan akhir," kata jurulatih Juve, Claudio Ranieri.

"Apabila terdapat pemain hebat di atas padang, permainan menarik dijanjikan. Ronaldinho, (Alessandro) Del Piero... mereka mampu mencipta perkara yang unik dan mustahil.


"Saya bernasib baik kerana akan berada di bangku simpanan, di barisan hadapan dan saya tidak perlu membayar untuk tiket. Ia adalah perlawanan besar antara dua pasukan yang membawa kejayaan kepada bola sepak Itali dan dunia.

"Sudah pasti jika kami menang, kami akan kekal tidak terlalu jauh daripada Inter tetapi saya yakin terdapat laluan berliku dalam perebutan liga," kata Ranieri. - AFP

0 ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN LA APA PATUT