player of the year

Sabtu, 6 Disember 2008

Saya hampir sertai Arsenal - Ronaldo

PARIS - Cristiano Ronaldo mendedahkan dia hampir menyertai Arsenal sebelum Manchester United membuat tawaran tiga kali ganda kepadanya.

"Saya hampir menyertai Arsenal," kata Ronaldo itu dalam satu temu ramah dengan France Football semalam.

"Saya terlalu menghormati (pengurus Arsenal), Arsene Wenger. Dia seorang yang sangat bijak."

Selasa lalu, Ronaldo yang membantu United memenangi gelaran berganda, Liga Juara-Juara dan Liga Perdana England musim lalu telah dipilih seba- gai Pemain Terbaik Eropah 2008.

Pemain berusia 23 tahun itu menyertai United dari kelab Portugal, Sporting Lisbon pada tahun 2003.

"Saya fikir saya telah mencipta sejarah. Saya baru berusia 23 tahun," kata Ronaldo.

"Tetapi saya rasa perlu bekerja lebih keras. Saya tidak pernah berehat.

"Saya mahu meraih lebih banyak kejayaan tahun depan dan tahun-tahun akan datang.

"Sejak saya tiba di Manchester United, prestasi saya seringkali meningkat setiap tahun.

"Saya mahukan lebih banyak gelaran, anugerah dan Anugerah Bola Emas (Pemain Terbaik Eropah).

Pada masa yang sama, Ronaldo menafikan dia adalah seorang 'pelakon' yang hebat.

"Kamu kenal Hercules? Dia sangat besar dan kuat tetapi ada masanya dia tumbang," sinis Ronaldo.

1 ulasan:

eddy palmuo berkata...

testing..

Catat Ulasan

KOMEN LA APA PATUT