player of the year

Rabu, 3 Disember 2008

Peminat Liverpool harap sabar


KEANE masih gagal memberi impak berkesan di barisan serangan Liverpool setakat ini.



LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez berharap peminat skuad The Reds meraikan kejayaan anak buahnya menduduki tangga teratas kempen Liga Perdana England.

Benitez menyuarakan harapan itu selepas skuad kendaliannya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan West Ham United di Anfield semalam.

Kejayaan mengutip satu mata itu sudah memadai buat Liverpool untuk memintas Chelsea selaku pendahulu liga.

Sekalipun kembali memegang tampuk carta liga, barisan The Reds dikatakan tidak berpuas hati dengan sambutan dingin yang diberikan peminat kelab tersebut.

Sembilan hari selepas mencatat keputusan yang sama ketika menentang Fulham di Anfield, skuad kendalian Benitez sekali lagi terpaksa pulang dengan keputusan yang agak mengecewakan.

Bagaimanapun Benitezu enggan melihat situasi yang berlaku terhadap anak buahnya itu dari sudut negatif.Keputusan seri itu menyaksikan Liverpool berjaya mengekalkan rekod bersih dalam empat perlawanan berturut-turut.

Namun mereka gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan terakhir ligat.

Selepas mereka kehilangan penyerang Fernando Torres yang mengalami kecederaan hamstring, Benitez sekali lagi terpaksa mempertaruhkan Robbie Keane dan Dirk Kuyt di barisan serangan.

Malangnya hingga setakat ini, Keane hanya berjaya menjaringkan dua gol dalam saingan liga sejak dia berhijrah dari Tottenham Hotspur pada musim panas lalu. - AFP

0 ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN LA APA PATUT