player of the year

Rabu, 10 Disember 2008

Real Madrid pecat Schuster


MADRID - Jurulatih Real Madrid, Bernd Schuster (gambar) telah dipecat semalam.

Menurut laporan, tempatnya bakal diambil alih bekas pengurus Tottenham Hotspur, Juande Ramos.

Ketika ini, Real masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, namun pengarah sukannya, Predrag Mijatovic dilapor akan membuat satu sidang akhbar di Bernabeu dalam masa terdekat.

Akhbar Sepanyol pula melaporkan bahawa Ramos juga akan menghadiri sidang akhbar tersebut.

Menurut sumber, Mijatovic telah mencadangkan kepada presiden Real, Ramon Calderon supaya melantik Ramos bagi menggantikan Schuster yang membimbing kelab itu menjuarai Liga Sepanyol musim lepas.

Real kini jatuh ke tangga kelima liga selepas tewas 3-4 kepada Sevilla kelmarin.

Ekoran kekalahan itu, Real ketinggalan sembilan mata kdi belakang pencabar utama mereka, Barcelona menjelang pertemuan klasik kedua-dua pasukan di Nou Camp minggu ini.

Ketika ini, Real dilanda krisis kecederaan dan penggantungan pemain, malah Schuster juga mengakui bahawa amat mustahil buat anak buahnya meraih kemenangan ketika menentang Barcelona.

"Mereka(Barcelona) amat cemerlang. Saya rasa ini adalah tahun mereka," kata Schuster selepas aksi menentang Sevilla.

"Amat mustahil untuk menang di Nou Camp. Tapi kami akan cuba menyaingi mereka."

Ramos pula dipecat sebagai jurulatih Spurs Oktober lalu dan tempatnya digantikan oleh Harry Redknapp.

"Juande Ramos kini tinggal di Madrid selepas menghabiskan 12 bulan sebagai pengurus kelab Liga Perdana England," lapor satu kenyataan semalam. - Reuters

0 ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN LA APA PATUT