player of the year
Khamis, 4 Disember 2008
Wenger ragui kemampuan barisan muda

BURNLEY, England - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger (gambar) mula meragui masa depan barisan mudanya ekoran kekalahan 0-2 kepada Burnley pada saingan suku akhir Piala Liga di Turf Moor semalam.
Tidak seperti sebelum ini, Wenger mengkritik persembahan barisan penyerangnya yang dianggap bermain di bawah tahap sebenar.
Jentera serangan Arsenal yang diketuai penyerang antarabangsa Denmark, Nicklas Bendtner ternyata beraksi hambar dan mempersia-siakan banyak peluang untuk menjaringkan gol.
Sebaliknya, dua gol daripada pemain tengah Scotland, Kevin McDonald sudah cukup untuk mengesahkan tempat Burnley ke separuh akhir.
"Kami memperoleh enam peluang satu lawan satu tetapi masih gagal menyumbat gol. Akhirnya kami tewas 0-2, jadi jumlah itu agak baik kerana kami tidak kalah besar," kata Wenger.
"Pemain saya gagal memberi fokus yang betul di hadapan pintu gol lawan dan itu menjadikannya berbeza. Kami tewas pada perlawanan yang tidak sepatutnya kami tidak tewas.
"Kami memperoleh banyak peluang tetapi apabila kamu tidak menjaringkan gol, kamu perlu bertanya mengapa itu terjadi.
"Kamu boleh memuji penjaga gol mereka tetapi dalam masa yang sama, mempersoalkan kemampuan penyerang kami."
Bagaimanapun Wenger tidak meletakkan kesalahan 100 peratus di bahu penyerangnya, sebaliknya dia tetap memuji kesungguhan yang dipamerkan mereka.
Rabu, 3 Disember 2008
Ronaldo terbaik di pentas Eropah
GAMBAR kombo ini (dari kiri) merakamkan detik ketika Ronaldo meraih anugerah selaku Pemain Terbaik Dunia FIFPro, Pemain Terbaik Kelab Eropah dan Kasut Emas Eropah.
PARIS: Pemain sayap Manchester United dan Portugal, Cristiano Ronaldo dianugerahkan Ballon d’Or selepas membantu kelab gergasi Inggeris itu memenangi Liga Perdana dan Liga Juara-Juara Eropah tahun ini.
Penyerang Barcelona, Lionel Messi menduduki tempat kedua dan penyerang Liverpool, Fernando Torres di tangga ketiga selepas undian yang dijalankan 96 wartawan sukan dari serata dunia serta dianjurkan Persekutuan Bola Sepak Perancis itu, kata laman web (www.francefootball.fr).
Ronaldo beroleh 446 mata manakala Messi (281) dan Torres (179).
“Ia antara hari paling indah dalam hidup saya. Saya impikan anugerah ini sejak kecil,” kata Ronaldo yang akan menerima anugerah itu secara rasmi dalam majlis yang bakal disiarkan menerusi televisyen Perancis.
Ronaldo adalah pemain Portugal ketiga memenangi anugerah itu selepas Eusebio memenanginya pada 1965 dan Luis Figo pada 2000.
“Saya tidak bimbang jika tidak dipilih memenangi anugerah itu kerana saya sedar apa yang telah saya sumbangkan musim lalu,” kata Ronaldo. “Terima kasih kepada semua rakan sepasukan yang membantu saya mencapai tahap terbaik dan terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada aksi saya ketika ini.
“Saya sedang menumpukan kepada usaha memperbaiki permainan. Pagi ini ketika saya tiba di padang latihan, saya tetap individu yang serupa. Apa yang pasti, saya mahu memenangi anugerah ini sekali lagi pada masa akan datang.”
Ronaldo, 23, mengikut jejak bekas bintang United, Denis Law (1964), Bobby Charlton (1966) dan George Best (1968) yang pernah memenangi anugerah dulunya dikenali sebagai Pemain Terbaik Eropah itu. Ronaldo menjaringkan 42 gol bersama kelabnya musim lalu.
Awal tahun ini, dia muncul sebagai pemain kedua yang memenangi anugerah Pemain Terbaik England dua kali berturut-turut.
Peminat Liverpool harap sabar

KEANE masih gagal memberi impak berkesan di barisan serangan Liverpool setakat ini.
LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez berharap peminat skuad The Reds meraikan kejayaan anak buahnya menduduki tangga teratas kempen Liga Perdana England.
Benitez menyuarakan harapan itu selepas skuad kendaliannya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan West Ham United di Anfield semalam.
Kejayaan mengutip satu mata itu sudah memadai buat Liverpool untuk memintas Chelsea selaku pendahulu liga.
Sekalipun kembali memegang tampuk carta liga, barisan The Reds dikatakan tidak berpuas hati dengan sambutan dingin yang diberikan peminat kelab tersebut.
Sembilan hari selepas mencatat keputusan yang sama ketika menentang Fulham di Anfield, skuad kendalian Benitez sekali lagi terpaksa pulang dengan keputusan yang agak mengecewakan.
Bagaimanapun Benitezu enggan melihat situasi yang berlaku terhadap anak buahnya itu dari sudut negatif.Keputusan seri itu menyaksikan Liverpool berjaya mengekalkan rekod bersih dalam empat perlawanan berturut-turut.
Namun mereka gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan terakhir ligat.
Selepas mereka kehilangan penyerang Fernando Torres yang mengalami kecederaan hamstring, Benitez sekali lagi terpaksa mempertaruhkan Robbie Keane dan Dirk Kuyt di barisan serangan.
Malangnya hingga setakat ini, Keane hanya berjaya menjaringkan dua gol dalam saingan liga sejak dia berhijrah dari Tottenham Hotspur pada musim panas lalu. - AFP
Selasa, 2 Disember 2008
Perebutan trofi kembali terbuka

MANCHESTER - Situasi dalam Liga Perdana England kini berubah. Saingan memburu gelaran juara kembali terbuka.
Semuanya berpunca daripada kemenangan yang dilakar Manchester United dan Arsenal kelmarin.
Demikian jelas pengurus United, Alex Ferguson selepas skuad kendaliannya mencatat kemenangan 1-0 ke atas jiran setempat, Manchester City.
Kemenangan itu dianggap menakjubkan kerana United terpaksa meneruskan baki 22 minit perlawanan dengan sepuluh pemain selepas Cristiano Ronaldo dilayangkan kad merah atas kesalahan memegang bola.
Kini juara bertahan itu kembali mempamerkan aksi sebenar untuk memberi tekanan kepada Chelsea dan Liverpool.
Isnin, 1 Disember 2008
United benam City
ROONEY meraikan jaringannya pada aksi menentang City di Eastlands semalam.
MANCHESTER, England - Manchester United terus memberi tekanan kepada pendahulu Liga Perdana England, Chelsea dan Liverpool.
Semalam skuad Red Devils itu berjaya meraih mata penuh selepas mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas jiran setempat, Manchester City di Eastlands.
Bagaimanapun kemenangan itu telah dicemari dengan insiden kad merah yang dilayangkan terhadap pemain sayap United, Cristiano Ronaldo.
Ia merupakan kad merah ketiga yang diterima Ronaldo sepanjang kariernya bersama United.
Sebaliknya, Wayne Rooney pasti pulang dengan rasa bangga apabila menyumbang gol kemenangan United pada minit ke-44.
Gol tersebut merupakan jaringan ke-100 Rooney buat United.
Pada aksi semalam, United mula tempang apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Ronaldo diarah keluar padang kerana didakwa sengaja memegang bola pada minit ke-68.Ketika cuba menyambar bola hasil sepakan penjuru Rooney, Ronaldo mendakwa pengadil Howard Webb telah meniup wisel terlebih dahulu sebelum dia memegang bola kerana berlaku kekasaran.
Bagaimanapun City gagal menggunakan kelebihan yang ada untuk mengikat kedudukan meskipun hampir memperoleh gol menerusi rembatan kencang Richard Dunne pada minit-minit terakhir perlawanan.





















Blackburn Rovers















