player of the year

Ahad, 30 November 2008

Kaka minat sertai Man City




Bintang Brazil Kaka mengumumkan keinginan untuk beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) satu hari kelak.

Pemain tengah itu kini berada di England menjelang pertemuan dengan Portsmouth pada saingan Piala UEFA di Fratton Park awal pagi tadi.

Kaka, 26, dinobatkan selaku salah seorang pemain terbaik dunia dan memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia 2007.

Pemain kelahiran Brazil itu mengakui dia ingin beraksi di Britain.

“Saya tahu ia adalah liga terbaik di dunia. Mungkin suatu hari kelak. Saya tidak tahu bila tetapi ia peluang baik untuk beraksi di EPL,” jelas Kaka.

Manchester City menjadi kelab berprofil tinggi selepas berjaya membawa masuk Robinho pada musim panas lalu dan Kaka mengakui dia berminat untuk mencuba nasib di Eastland sejak perpindahan bekas penyerang Real Madrid itu ke England.

“Saya mempunyai ramai kawan yang beraksi di sana. Oleh itu saya sentiasa menyaksikan beberapa perlawanan EPL. Kadang kala saya bercakap dengan Robinho mengenai City,” tambahnya.

Jumaat, 28 November 2008

Era FM






AddThis Social Bookmark Button

Khamis, 27 November 2008

Berita EPL


LONDON - Penyerang Manchester United, Wayne Rooney mahu menjadikan Manchester City sebagai mangsa kebangkitannya apabila dua kelab itu bertemu pada aksi Liga Perdana England hujung minggu ini.

City akan melayan kunjungan United dalam pertemuan pertama dua kelab berjiran itu di Eastlands Ahad ini.

Namun, selepas Red Devils gagal meledakkan sebarang gol dalam dua perlawanan terakhir, Rooney menegaskan dia kini terdesak untuk menjaringkan lebih banyak gol.

Skuad Alex Ferguson itu hanya mampu seri tanpa jaringan dengan menentang Villarreal dalam kempen Liga Juara-Juara kelmarin.

"Ia bukanlah sesuatu yang membimbangkan," jelas Ronney merujuk kepada kegagalan pasukannya meledak gol pada kempen Eropah itu.

"Saya harap kami menyimpan gol ini ke atas Manchester City.

"Pertemuan kelab berjiran minggu ini adalah satu pertemuan penting bagi kami dan kami amat menantikannya.

"Saya tidak pasti keputusan seri dengan Villarreal adalah adil buat peminat, tapi kami beraksi lebih baik dan mencipta banyak peluang berbanding mereka.

"Kami hanya gagal mengalahkan mereka. Perkara utama ialah kami berjaya melangkah ke pusingan kalah mati. Kami ada baki satu perlawanan dengan Aalborg dan jika kami menang, kami berada di tangga teratas."

United yang memburu kejuaraan liga ketiga berturut-turut musim ini kini berada di tangga ketiga liga dengan 25 mata, ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu bersama, Liverpool dan Chelsea.

- Agensi

MANCHESTER UNITED SOCCERNET