player of the year

Ahad, 30 November 2008

Kaka minat sertai Man City




Bintang Brazil Kaka mengumumkan keinginan untuk beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) satu hari kelak.

Pemain tengah itu kini berada di England menjelang pertemuan dengan Portsmouth pada saingan Piala UEFA di Fratton Park awal pagi tadi.

Kaka, 26, dinobatkan selaku salah seorang pemain terbaik dunia dan memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia 2007.

Pemain kelahiran Brazil itu mengakui dia ingin beraksi di Britain.

“Saya tahu ia adalah liga terbaik di dunia. Mungkin suatu hari kelak. Saya tidak tahu bila tetapi ia peluang baik untuk beraksi di EPL,” jelas Kaka.

Manchester City menjadi kelab berprofil tinggi selepas berjaya membawa masuk Robinho pada musim panas lalu dan Kaka mengakui dia berminat untuk mencuba nasib di Eastland sejak perpindahan bekas penyerang Real Madrid itu ke England.

“Saya mempunyai ramai kawan yang beraksi di sana. Oleh itu saya sentiasa menyaksikan beberapa perlawanan EPL. Kadang kala saya bercakap dengan Robinho mengenai City,” tambahnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN LA APA PATUT