player of the year

Khamis, 5 Mac 2009

Aku & Old TraffOrd

Isnin, 12 Januari 2009

Benzema pemaian idaman Ferguson

KEHADIRAN Benzema berjaya menarik minat Ferguson.


LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menjadikan penyerang antarabangsa Perancis, Karim Benzema sebagai pemain paling dikehendaki pasukannya pada musim panas nanti.

Kenyataan Ferguson ini sekali gus membayangkan bahawa juara Eropah itu akan melepaskan bintang Argentina, Carlos Tevez pada hujung tahun ini.

Bagi Ferguson, beliau begitu mengagumi Benzema sebagai pemain berbakat terutamanya selepas pemain itu meledak gol menarik ketika United berdepan Lyon pada aksi pertama Liga Juara-Juara musim lepas.

Benzema juga dipercayai bersedia mendengar sebarang tawaran dan United sudah pasti berharap dapat membawanya ke Old Trafford meskipun terdapat saingan daripada Real Madrid dan Barcelona.

"Terdapat laporan bahawa Lyon meletakkan harga sekitar 40 juta euro (RM194 juta) ke atas Benzema tahun lepas dan kini United dilihat bersedia membawanya ke Old Trafford," jelas sumber dalam kelab Perancis itu.

Benzema berjaya meledak 20 gol musim lepas untuk membantu Lyon menjulang kejuaraan Liga Perancis buat kali ketujuh berturut-turut.

"Dia seorang penyerang yang mempunyai kebolehan semulajadi untuk menggegar gawang lawan," ujar Jurulatih Perancis, Raymond Domenech.

Sementara itu, wujud laporan bahawa Tevez yang gagal menempatkan diri dalam skuad utama United telah berhubung dengan rakan senegaranya, Gabriel Heinz mengenai kemungkinan berhijrah ke Real Madrid musim depan. - AFP

Ahad, 11 Januari 2009

Ferdinand bawa khabar gembira

FERDINAND (kiri) akan kembali dalam kesebelasan United.



LONDON - Pertemuan Chelsea dengan Manchester United hari ini pasti panas.
Dua pasukan ini sedang bekerja keras untuk mendekatkan diri dengan pendahulu liga, Liverpool.

Mereka tidak rela lagi kehilangan mata.

Ketika Chelsea diundang resah dengan prestasi ala 'yo-yo' kebelakangan ini, United pula mendapat khabar gembira.

Tonggak pertahanannya, Rio Ferdinand kembali dalam kesebelasan utama selepas berehat panjang akibat kecederaan.

"Ia sesuatu yang menggembirakan buat kami kerana Ferdinand sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan kembali cergas untuk beraksi.

"Dia (Ferdinand) sudah terlepas beberapa perlawanan. Tidak nafikan tanpanya, ia seperti satu kekurangan dalam pasukan," kata pengurus United, Alex Ferguson.

"Meskipun sudah tidak beraksi dalam beberapa perlawanan, saya yakin dia (Rio) mampu mengembalikan sentuhannya."

Ferguson menegaskan pada pusingan kedua ini, mereka akan mempergunakan sepenuhnya kelebihan bermain di gelanggang sendiri bagi memperbaiki kedudukan dalam liga.

Menurutnya, sasaran mereka selepas ini adalah untuk mengubah kedudukan di tempat ketiga ketika ini dan jika aksi di tempat sendiri memberikan mata penuh, impian mengejar pendahulu liga akan menjadi kenyataan.

"Kami perlu konsisten dan tidak boleh lagi kehilangan mata.

"Saya yakin dengan kemampuan kami dan kami juga memiliki keupayaan untuk memperbaiki kedudukan."

Hari ini, United mahu memulakannya dengan menyekat Chelsea daripada meraih sebarang mata.

Jika ia dapat direalisasikan, Chelsea boleh melupakan impian untuk meraih gelaran musim ini ini.

"Selepas ini, tugas kami mungkin lebih mudah kerana lebih banyak beraksi dengan tempat sendiri menentang pasukan elit," katanya. - Reuters